Leicester kalah sebab pengadil -- Ranieri

By Stephen Creek 31 January 2017
Leicester kalah sebab pengadil -- Ranieri
BURNLEY 1 LEICESTER 0 

Claudio Ranieri menyalahkan Mike Dean ekoran kegagalan pengadil itu mengesan bola terkena tangan dalam gerakan yang menghasilkan gol kemenangan 1-0 Burnley ke atas Leicester City di Turf Moor. 


Gol tunggal perlawanan pada minit ke-87 itu diledakkan oleh Sam Vokes yang masuk sebagai pemain gantian untuk memberi kemenangan kelima berturut-turut Burnley di tempat sendiri dalam saingan liga.

Ranieri tetap menyanjung pemain-pemainnya yang mempamerkan kesungguhan sambil mendakwa keputusan seri adalah lebih wajar. 

"Bola terkena tangan. Semua orang boleh menontonnya di televisyen tapi bukan pengadil dan dia adalah bos, jadi kami kalah perlawanan ini. 

"Sangat sukar untuk menerima kekalahan tapi tidak mengapalah. 

"Saya berasakan kami berhak meraih keputusan seri dan pemain telah beraksi hebat sehingga tamat permainan. Syabas buat mereka," kata pengendali kelahiran Itali itu.

Di sebalik Leicester mendakwa mereka sepatutnya diberikan sepakan penalti berikutan tindakan Tom Heaton menjatuhkan Jamie Vardy, Ranieri berharap pemainnya perlu lebih tenang di depan gol. 

Mereka bakal menghadapi ujian Manchester United dalam aksi berikutnya dan Ranieri berkata: "Kami perlu bangkit dengan segera. 

"Persembahan kami bagus. Jika kami lebih tenang ketika melancarkan serangan balas, kami mungkin berpeluang untuk menjaringkan gol.

"Namun, kami terlalu taksub untuk melakukan segalanya dengan betul sehingga mendorong kami melakukan kesilapan di bahagian sentuhan terakhir." 

About Author

Stephen Creek

Comment