Pep Guardiola berkata legasi Claudio Ranieri di Leicester City akan terus kekal walaupun telah dipecat selepas sembilan bulan membantu pasukan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Foxes mengejutkan dunia bola sepak apabila muncul sebagai juara EPL, namun Ranieri telah dipecat kerana gagal mengekalkan prestasi Leicester yang sedang bergelut daripada penyingkiran.

Skuad kendalian Guardiola merupakan antara pasukan yang dapat menyaksikan kualiti sebenar Leicester musim ini selepas mereka tewas 4-2 di Stadium King Power, Disember lalu.

Bagaimanapun, Leicester mempamerkan aksi garang dalam perlawanan pertama tanpa kehadiran Ranieri apabila menewaskan Liverpool 3-1 kelmarin.

"Saya agak terkejut. Perlawanan semalam ketika berdepan Liverpool, kami dapat melihat legasinya.

"Gaya permainan mereka amat menakjubkan dan itu adalah legasi yang ditinggalkan oleh Claudio Ranieri. Bagaimanapun, kejayaan mereka menjuarai EPL akan diingati selama-lamanya.

"50 tahun akan datang, skuad Leicester yang dikendalikan Ranieri akan menjadi bualan."