LEICESTER 2 CHELSEA 2

Frank Lampard bersakan Willy Caballero tidak berpeluang untuk menafikan dua jaringan Leicester City selepas Chelsea meraih satu mata di tempat lawan berdeapan salah satu daripada empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).


Selepas turun beraksi dalam aksi Piala FA berdepan Hull City, penjaga gol, Caballero kekal dalam kesebelasan utama -- mengetepikan Kepa Arrizabalaga -- untuk kunjungan ke Stadium King Power itu.

Lampard menjelaskan sebelum perlawanan bermula untuk membuat keputusan yang terburu-buru apabila mengetepikan penjaga gol termahal dunia, Arrizabalaga, yang telah dkritik hebat ketika seri 2-2 dengan Arsenal bulan lalu.

Ketika Caballero dibolosi dua kali dalam aksi liga pertamanya sejak Mei 2019, Lampard berasakan pemain itu tidak terdaya untuk menafikan percubaan pemain The Foxes, terutama percubaan Harvey Barnes.

"Saya berasakan dia telah beraksi dengan cemerlang dan selesa sepanjang permainan," kata Lampard kepada BT Sport.

"Saya menyaksikan jaringan Barnes, percubaannya terbias dan bola masuk ke dalam gawang. Ia adalah sesuatu yang tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol, jadi saya tetap berpuas hati dengan persembahannya."

Antonio Rudiger menjaringkan kedua-dua gol untuk Chelsea, dengan pertahanan itu dua kali menanduk masuk hantaran daripada Mason Mount menerusi sepakan percuma.

Lampard mendedahkan pasukannya telah berusaha dalam sesi latihan untuk memperkemaskan situasi bola mati dan gembira berjaya menghasilkan jaringan walaupun gagal menggunakan peluang untuk merapatkan jurang dengan Leicester.

"Saya berasakan perlawanan ini seimbang dan adil.

"Separuh masa pertama, kami adalah pasukan yang lebih cemerlang. Saya mengetahui mereka memiliki peluang, menghadiahkan beberapa kepada mereka, tetapi apa yang telah diusahakan pasukan sangat baik. Bermain dengan personaliti.

"Dalam separuh masa kedua, mereka meraih peluang pada penghujung permainan. Saya berasakan ia adalah perlawanan yang seimbang dan berpuas hati dengan satu mata."

Mengenai Rudiger, Lampard berkata, "Dia menghadirkan corak permainan yang agresif dan sentiasa hadir dalam apa-apa situasi.

"Saya gembira di sebalik dua jaringan yang dihasilkan. Ia adalah hasil usaha pasukan dalam sesi latihan."



Editor: Ammar Hakim