Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengesahkan Adam Lallana bakal berehat selama dua bulan selepas mengalami kecederaan paha.

Pemain tengah England itu, yang terlepas penghujung saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selepas mengalami kecederaan pinggul, terpaksa melanjutkan rehatnya buat The Reds selepas mengalami kecederaan ketika tewas dalam aksi final Piala Audi kepada Atletico Madrid.

Dia juga akan terlepas aksi peringkat Liga Juara-Juara (UCL) selepas The Reds diundi berdepan Hoffenheim dalam aksi play-off, semalam.

"Ini merupakan sesuatu yang tidak diingini," kata Klopp.

"Malang sekali Lallana terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya dua bulan.

"Kami akan terus memantau keadaannya. Dia seorang pemain yang memiliki sikap bertaraf dunia dan saya yakin dia akan kembali ke tahap terbaiknya.

Lallana dijangka terlepas enam perlawanan liga, termasuk aksi berdepan Arsenal dan Manchester City.

Liverpool akan memulakan saingan domestik bertemu Watford pada 12 Ogos sebelum berkunjung ke Hoffenheim tiga hari berikutnya.