Lallana dipilih Pemain Terbaik Tahunan England

By Staff Writer 31 January 2017 103
Lallana dipilih Pemain Terbaik Tahunan England
Pemain tengah Liverpool, Adam Lallana, diumumkan memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan England 2016, semalam.

Lallana mengambil alih sebagai pemenang daripada kapten pasukan kebangsaan, Wayne Rooney, sesudah meraih 39 peratus undi daripada ahli Kelab Penyokong England.

Penyerang Leicester City, Jamie Vardy, menyusul di tempat kedua dengan 12 peratus manakala Rooney mendapat hanya lapan peratus, menggagalkannya daripada meraih anugerah itu buat tahun ketiga berturut-turut.

Di sebalik persembahan hambar England dalam kempen Euro 2016, prestasi Lallana adalah antara yang boleh dibanggakan.

Pada ketika pengurusan England bergolak, dengan Gareth Southgate mengambil alih sebagai pengurus sementara daripada Sam Allardyce yang disingkatkan tempohnya, Lallana memikat bersama Three Lions – menjaringkan gol kemenangan ke atas Slovakia pada saat-saat akhir perlawanan pembukaan pra-Piala Dunia mereka sebelum turut menggoncang jarring secara berturut-turut ketika menentang Scotland dan Sepanyol.

"Anugerah ini adalah satu penghormatan besar," bekas pemain perancang Southampton itu memberitahu laman rasmi Persatuan Bolasepak England (FA).

“Tiga pemenang terakhirnya adalah Rooney, Rooney dan Steven Gerrard, maka itu menunjukkan betapa besarnya pencapaian ini.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menambah: “Ia satu keputusan yang tepat dan sangat baik – dia telah mengharungi satu tahun yang luar biasa.”
 

About Author

Staff Writer

Comment