Lakonan Suarez adalah aksi lucah bola sepak -- Cantona

By Ryan Benson 24 March 2017
Lakonan Suarez adalah aksi lucah bola sepak  -- Cantona
Eric Cantona membidas Luis Suarez dengan menggambarkan aksi menjatuhkan badannya yang luar biasa dalam kemenangan Barcelona ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara yang lalu, dengan menyamakan aksi dramatik itu sebagai seni 'drama lucah bola sepak".

Suarez memainkan peranan penting dalam membantu kebangkitan Barca untuk memadamkan defisit kekalahan pertemuan pertama 4-0 kepada PSG dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara, apabila membenam pasukan pelawat, 6-1di Camp Nou --- satu kebangkitan terbesar dalam sejarah pertandingan itu. 

Kemenangan itu memastikan anak buah Luis Enrique mara ke suku akhir secara agregat 6-5 walaupun terdapat tanda-tanda nasib mengenai jaringan kelima mereka itu susulan Suarez 'terjatuh' di dalam kawasan penalti berikutan sentuhan minimum oleh Marquinhos. 

Dan Neymar kemudian menyempurnakan sepakan penalti itu.

Sergi Roberto kemudian melakar sejarah dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit kelima masa kecederaan, namun bekas bintang Manchester United, Cantona, secara lantang mengulas mengenai Suarez.

Bercakap dalam video Eurosport, Cantona berkata: "Suarez bukan lagi seorang 'penggigit', dia seorang pelakon merebahkan badan. Lakonannya tidak begitu bagus, ia terlalu dramatik...

"Penipuannya secara terang-terangan dengan menekap tangannya di tekak dan berpura-pura menderita sakit. Ia mengarut.

"Ini adalah bola sepak lucah. Kanak-kanak harus tidak dibenarkan untuk menonton."

Suarez bukanlah satu-satunya pemain yang membangkitkan berang bekas pemain Perancis itu -- Cantona turut mengkritik Manchester City berikutan tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Monaco.

Dia menyasarkan pemain pertahanan, John Stones, dengan secara berseroloh mengatakan kos sebanyak GBP50 juta untuk mendapatkannya adalah kerana "iklan lengkap".

"Pertahanan Manchester City bukanlah satu-satunya yang harus dipersalahkan," ujarnya lagi. 

"Kita tahu sekarang mengapa harga John Stones begitu mahal -- ini kerana ia datang bersama iklan menarik yang lengkap mengenai permainannya. 

"Persoalannya sekarang, bukan siapa yang akan pergi pada musim panas akan datang, sebaliknya siapa yang akan kekal?"

About Author

Ryan Benson

Comment