Frank Lampard menegaskasn kurang pengalaman adalah bukan penyebab utama penurunan prestasi Chelsea.

Chelsea menerima kunjungan Tottenham -- dan bekas pengendali, Jose Mourinho -- hari ini di Stamford Bridge.

Jika Spurs menang, mereka akan melintasi Chelsea ke tangga keempat, manakala Sheffield United dan Manchester United turut mengekori rapat.

Bagaimanapun, Lampard tidak percaya pergelutan Chelsea tidak berpunca daripada kurang pengalaman, menjelaskan pemain-pemain muda The Blues telah mengharungi saat sukar dan membuktikan kemampuan mereka.

"Saya tidak berasakan kurang pengalaman," kata Lampard. "Anda melihat kepada skuad yang dibarisi pemain-pemain muda jadi mudah untuk anda membuat penilaian di atas saat sukar yang diharungi pasukan.

"Terdapat banyak faktor di atas aksi kurang konsisten Chelsea, gagal menyempurnakan percubaan, membenarkan pasukan lawan untuk melepaskan satu atau dua percubaaan. Terdapat banyak perkara yang harus diperbaiki pasukan ini."
"Ia merupakan tempoh sukar yang perlu diharungi mana-mana kelab EPL. Sebagai pemain muda, anda harus menyedari ia mampu menjejaskan tahap keyakinan, mereka adalah pasukan yang baru dibentuk dan seluruh dunia sedang menyaksikan mereka."

Jika penggantungan dua tahun Manchester City daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) kekal, tangga kelima untuk cukup untuk layak ke kejohanan elit Eropah itu musim hadapan.

Bagaimanapun, Lampard tidak bimbang mengenai kegagalan untuk layak ke UCL boleh menyaksikan The Blues kehilangan pemain-pemain utama seperti N'Golo Kante, yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan berdepan City, hari ini.

"Kami mahu mengekalkan pemain-pemain terbaik kami. Kante seorang pemain yang luar biasa dan semua mengetahuinya," kata Lampard.

"Chelsea memerlukan semua pemain untuk memberikan yang terbaik hingga penghujung musim ini."