Kolasinac macam "kereta kebal" -- Walcott

By Staff Writer 9 August 2017 234
Kolasinac macam
Theo Walcott menyifatkan pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac, seperti "kereta kebal" dan menyifatkan bekas pemain Schalke itu mampu menjadi seorang pemain terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kolasinac tiba di Stadium Emirates secara percuma sebelum kempen 2017-18 dibuka dan menjaringkan gol penyamaan Arsenal sebelum meraih kemenangan ke atas Chelsea dalam dalam saingan Perisai Komuniti, Ahad lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu tidak turun dalam kesebelasan utama di Wembley tetapi terpaksa menggantikan Per Mertesacker yang mengalami kecederaan kepala.

Walcott percaya bahawa Arsenal telah berjaya mendapatkan pemain yang berkualiti dan menegaskan Kolasinac adalah "pemain yang hampir sempurna" untuk EPL.

"Kolasinac sama seperti kereta kebal," katanya.

"Dia adalah seorang pemain yang sukar dipintas dan kelebihan daripada segi fizikal yang dimilikinya  menjadi kunci utama buat pasukan."

Arsenal akan memulakan musim 2017-18  bertemu Leicester City di laman sendiri pada Jumaat ini.

About Author

Staff Writer

Comment