Pengurus Everton, Ronald Koeman, memberi jaminan bahawa penyerang, Romelu Lukaku, tidak akan dicemuh oleh penyokong-penyokong dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Hull City.

Penyerang kebangsaan Belgium itu dilihat bakal meninggalkan Goodison Park pada hujung musim ini.

Bagaimanapun, Koeman menjangkakan penyokong-penyokong kelab akan terus menghormati Lukaku, pemain yang telah meledak 19 gol musim ini.

"Saya tidak berfikir demikian," kata Koeman.

"Jika pemain itu mempamerkan komitmennya kepada bola sepak, sesiapa sahaja boleh membuat kesilapan dan kemudian anda menyedari bahawa tiada sebarang masalah pun yang berlaku.

"Kami memerlukan setiap sokongan -- setiap pemain yang diturunkan memerlukan sokongan bagi mempamerkan aksi yang berkualiti."

Everton bakal terlepas untuk mengakhiri saingan di kelompok empat terbaik, menduduki tangga ketujuh dan ketinggalan lapan mata kepada seteru setempat, Liverpool.

Koeman percaya anak buahnya mampu mencabar slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

"Saya berpendapat kami mampu menghasilkan sesuatu musim hadapan. Kami memiliki skuad yang mampu menggugat mana-mana pasukan."