EVERTON 2 SUNDERLAND 0

Ronald Koeman tidak berpuas hati dengan persembahan Everton dalam separuh masa kedua ketika menewaskan Sunderland 2-0 di Goodison Park, semalam.


Everton mendominasi perlawanan dalam separuh masa pertama dan berhak mendahului 1-0 selepas Idrissa Gueye meledak gol pertamanya untuk The Toffees.

Bersambung dalam separuh masa kedua, Romelu Lukaku meledak gol peribadinya yang ke-60 buat pasukan, sekaligus menyamai rekod penjaring terbanyak pasukan, Duncan Ferguson.

Bagaimanapun, Sunderland mempamerkan permainan yang lebih mantap dalam babak kedua perlawanan dan Koeman percaya anak buahnya perlu memperbaiki gaya permainan mereka bagi mengelak daripada keciciran mata.

"Ia merupakan tiga mata berharga buat kami," kata Koeman.

"Saya sangat gembira dengan persembahan pada 45 minit pertama tetapi agak kecewa dengan aksi separuh masa kedua.

"Saya berasakan kami mengurangkan rentak permainan dan membenarkan pasukan lawan untuk merencanakan serangan.

"Kami sangat bertuah, Jermain Defoe hampir menyamakan kedudukan, namun percubaannya sekadar menggegar palang gol kami."