CHELSEA 5 EVERTON 0

Ronald Koeman terpaksa akur bahawa Chelsea berada di kelas lebih tinggi daripada Everton selepas mereka tewas 5-0 di Stamford Bridge dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.


Chelsea menduduki takhta Liga Perdana Inggeris selepas mempamerkan aksi sempurna yang menyaksikan Eden Hazard meledak dua gol manakala Marcos Alonso, Diego Costa dan Pedro masing-masing menjaringkan satu gol.

Pengurus Everton, Koeman, menerima keputusan ini dan memberikan sokongan kepada skuad kendalian Conte mampu menjulang Liga Perdana pada penghujung musim ini.

"Ya, saya berpendapat mereka adalah pencabar utama saingan liga," kata Koeman. "Mereka merupakan sebuah pasukan yang sangat sukar untuk ditewaskan.

"Perbezaan paling ketara adalah Chelsea memiliki mentaliti kemenangan. Bukan itu sahaja tetapi kualiti ketika mengawal bola, dengan pemain seperti Hazard, Oscar, Nemanja Matic dan N'Golo Kante.

"Mereka sangat kuat. Terlalu kuat untuk Everton."

Koeman menegaskan usaha pemainnya tidak seharusnya dipersoalkan selepas mengalami kekalahan ini.

"Mungkin mereka bermain dengan lebih agresif tetapi mereka bermain dengan penuh keyakinan selepas menjaringkan gol pertama dan kedua.

"Itu merupakan perbezaannya. Kami seakan-akan tidak berlari di atas padang, tetapi kami perlu menerima keputusan ini. Kadang-kala anda perlu menerima hakikat bahawa pasukan lawan jauh lebih kuat daripada anda."