Ronald Koeman bingung dengan dakwaan pengendali Manchester United, Jose Mourinho, bahawa pasukannya harus menyasarkan kelompok empat teratas liga selepas membelanjakan GBP140 juta (RM796 juta).

Everton dimalukan 4-0 di Old Trafford malam tadi, sekaligus menyaksikan mereka tewas empat perlawanan berturut-turut setakat ini.

Lima daripada pembelian terbaru Everton beraksi dalam kekalahan tersebut, dengan Sandro Ramirez membuat penampilan dalam separuh masa kedua.

Dilaporkan Everton telah membelanjakan hampir GBP140 juta sehingga Mourinho mencadangkan agar pasukan itu seharusnya menyasarkan kelompok atasan liga.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak diterima baik Koeman, yang menjadikan Henrikh Mkhitaryan sebagai contoh bahawa setiap pemain baru memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

"Setiap pengurus akan berasa ragu-ragu," Koeman memberitahu wartawan.

"Jika kamu tidak menang meskipun memiliki ramain pemain, sudah tentu kamu akan berasa ragu-ragu. Tetapi ini adalah perkara biasa.

"Saya sering mengajukan soalan itu kepada saya. Jika Mkhitaryan memerlukan setahun untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris, mungkin saya akan berikan lapan pemain saya satu musim.

"Ketika saya melihat satu rancangan Manchester United, rakan sejawatan saya (Mourinho) berkata Everton telah membelanjakan GBP140 juta, jadi kami perlu buru kelompok atasan liga.

"Saya minta maaf tetapi jika ada yang berasakan dakwaan ini realistik, sila tampil ke depan.

"Ketika ini, saya tidak gembira dengan permulaan musim ini. Tetapi sasaran diletakkan ke atas Everton perlu lebih realistik.

"Kami memerlukan kerjasama daripada semua pihak; penyokong, media -- kami perlukan masa," hujahnya.