Ronald Koeman tidak yakin Ross Barkley akan memberikan komitmennya kepada Everton dengan menandatangani kontrak baru untuk kekal di Goodison Park.

Pengurus Everton itu sebelumnya telah menegaskan kepada Barkley bahawa dia perlu bersetuju untuk mempamerkan aksi yang lebih konsisten supaya tidak dijual pada penghujung musim ini.

Skuad kendalian Koeman itu bakal bertemu Arsenal pada Ahad bagi menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Barkley belum ditawarkan kontrak baru, pengendali kelahiran Belanda itu memberikan isyarat bahawa pemain tengah itu sudah boleh meninggalkan Goodison Park.

"Kami akan mencari pemain-pemain yang sesuai di dalam posisi tersebut. Barkley dapat beraksi dalam lebih banyak kejohanan musim hadapan," kata Koeman.

"Saya tidak risau kerana saya gemar bekerja dengan pemain yang benar-benar mahu beraksi.

"Jika anda menawarkan kontrak baru kepada pemain, ia bermaksud kelab mahu mengekalkan pemain tersebut."

Jaringan empat gol daripada Harry Kane ketika bertemu Leicester City melonjakkan dirinya dalam saingan merebut Anugerah Kasut Emas EPL dan Romelu Lukaku kini berada di tempat kedua dengan kekurangan dua gol.

"Tidak mungkin Lukaku akan menjaringkan hatrik. Ia amat sukar. Kami tidak menjangkakan empat gol daripada Kane.

"Jika Lukaku tidak memenangi Kasut Emas, 24 jaringan adalah satu rekod yang baik. Dia menyedari terdapat ruang untuk diperbaiki.

"Kami perlu cuba mengekalkan Lukaku dan mencari lebih banyak pemain yang mampu menjaringkan empat atau lima gol dalam satu musim."