Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp optimis dengan perkembangan Philippe Coutinho yang semakin pulih, tetapi menegaskan beliau tidak tergesa-gesa untuk menurunkan pemain kebangsaan Brazil itu.

Coutinho telah direhatkan kerana mengalami kecederaan buku lali ketika menewaskan Sunderland 2-0 pada 26 November.

Pemain berusia 24 tahun itu telah mendedahkan dia berkemungkinan akan membuat penampilan semula berdepan Manchester Citu, tetapi Klopp telah memberitahu beliau tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan Coutinho.

"Kami harus melihat selepas dia pulih sepenuhnya. Saya tidak pernah mahu pemain tergesa-gesa untuk kembali beraksi," kata Klopp.

"Saya merupakan orang yang paling bersabar di Liverpool. Saya sentiasa menantikan pemain-pemain saya pulih sepenuhnya."

Coutinho telah menjaringkan lima gol dalam 13 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.