Klopp tetap rancang perubahan biarpun menang ke atas Arsenal

By Dejan Kalinic 6 March 2017
Klopp tetap rancang perubahan biarpun menang ke atas Arsenal
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, masih merancang untuk membuat perubahan terhadap skuad pada luar musim ini walaupun pasukannya meraih kemenangan ke atas Arsenal.

Skuad Klopp menunjukkan prestasi baik mereka dalam kemenangan 3-1 di Anfield, Sabtu lalu, hanya beberapa hari selepas merudum dengan kekalahan di Leicester City.

Walaupun mereka tidak konsisten, Liverpool berada di tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris sementara Klopp berkata dia mungkin menandatangani sehingga enam pemain pada akhir musim ini.

Pasukannya mungkin mengagumkan ketika menewaskan Arsenal tetapi Klopp berkata pemain perlu dinilai berdasarkan lebih daripada sekadar persembahan terbaik mereka.

"Jika kami menilai pemain selepas perlawanan terbaik musim ini, kami akan menandatangani kontrak mereka untuk enam musim lagi," katanya.

"Jika kami melakukannya selepas (menentang) Leicester, anda akan menukar keseluruhan skuad. Tetapi yang tepat adalah sentiasa di tengah-tengah. Itulah yang kami lakukan, benar-benar bekerja.

"Akan ada saat-saat kami bermain seperti ini (menentang Arsenal) dan menang sekali lagi -- dan ia adalah apa yang telah kami lakukan musim ini, sebenarnya -- dan ia akan seperti menentang pasukan bukannya kelompok enam teratas.

"Tetapi kami perlu bekerja di atasnya, pertama sekali kami perlu berasa seperti ia tidak mustahil."

Walaupun Liverpool menikmati keputusan yang baik menentang lawan yang lebih baik, mereka berhempas pulas ketika bertemu skuad bawahan -- tewas kepada pasukan seperti Leicester, Hull City, Swansea City, Bournemouth dan Burnley pada musim ini.

Klopp berkata terdapat beberapa persoalan terhadap kualiti skuadnya tetapi bukannya sikap mereka.

"Saya tidak mahu membuatkan ia terlalu berfalsafah, ia jelas dalam kes itu kami tidak konsisten," katanya.

"Saya tahu bahawa kami tidak perlu ragu-ragu mengenai sikap mereka dalam cara biasa kami fikir mengenainya -- 'adakah mereka benar-benar mahu? Adakah mereka benar-benar bermotivasi?' Kami tidak boleh bermain seperti kami lakukan (menentang Arsenal) jika mempunyai sebarang isu seperti ini.

"Tetapi kami bergelut dalam permainan lain. Jadi OK, anda mengatakan ia adalah mengenai kualiti, dan ya mungkin kadang-kadang ia adalah kualiti.

"Tetapi kami mempunyai potensi dan anda membuat kualiti itu, dengan kerja dan semua perkara itu."

Liverpool seterusnya akan menentang Burnley di Anfield, Ahad ini.

About Author

Dejan Kalinic

Comment