Jurgen Klopp berasakan Liverpool mempamerkan antara aksi terbaiknya musim ini ketika mereka menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield, malam tadi.

Roberto Firmino, Sadio Mane dan Georginio Wijnaldum muncul penyumbang gol buat Liverpool sementara Danny Welbeck menjadi penjaring gol tunggal Arsenal.

"Ia merupakan perlawanan terbaik Liverpool setakat ini berdasarkan kekuatan pihak lawan," Klopp memberitahu BBC Sport.

"Pemain beraksi cemerlang. Kesemuanya mempamerkan aksi mantap. Apabila kami beraksi secara kompak, ia akan menjelmakan keputusan positif.

"Kami sedar Arsenal akan bangkit dalam babak kedua. Alexis Sanchez merupakan pemain berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan Danny Welbeck. Simon Mignolet beraksi cemerlang menggagalkan percubaan mereka.

"Minggu lalu, kami berasa cukup teruk sehingga memerlukan masa beberapa hari untuk memahami apa yang berlaku. Ini adalah senario naik turun Liga Perdana Inggeris."