Klopp jangka aksi lebih hambar daripada The Reds

By Joe Wright 20 November 2016 83
Klopp jangka aksi lebih hambar daripada The Reds

SOUTHAMPTON 0 LIVERPOOL 0

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata beliau menjangkakan aksi lebih hambar daripada pasukannya selepas seri 0-0 dengan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.


Pasukan pelawat gagal menyerlah di Stadium St. Mary apabila menyaksikan Sadio Mane, Roberto Firmino, Philippe Coutinho dan Nathaniel Clyne gagal menyempurnakan sebarang peluang untuk menjaringkan gol.

Keputusan ini menyaksikan Liverpool mendahului Manchester City di takhta liga dengan perbezaan jaringan tetapi mereka akan dipintas oleh Chelsea yang dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk menang ke atas Middlesbrough, malam ini.

Bagaimanapun, Klopp berpuas hati dengan usaha pemain-pemainnya selepas kembali daripada tugas bersama skuad kebangsaan masing-masing.

"Dua perkara paling penting untuk bermain bola sepak: keputusan dan prestasi," kata Klopp ketika sidang media. "Keputusan perlawanan ini tidak sempurna tetapi Liverpool mempamerkan prestasi yang jauh lebih baik daripada jangkaan saya.

"Kami berdepan pasukan yang sukar untuk ditewaskan, Southampton merupakan antara pasukan yang memiliki organisasi yang baik di dalam liga. Saya berpendapat gaya permainan mereka berjaya menyerap kekuatan pasukan kami.

"Kami memiliki peluang yang secukupnya untuk memenangi perlawanan, terutama sekali dalam separuh masa kedua. 

"Saya berpuas hati dengan prestasi pasukan. Kami mampu mencipta jaringan, mungkin seharusnya telahpun menjaringkan gol, tetapi inilah lumrah bola sepak."

About Author

Joe Wright

Comment