Liverpool berharap dapat menurunkan semula Roberto Firmino dalam kesebelasan utama dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Middlesbrough.

Firmino terlepas kemenangan 4-0 Liverpool ke atas West Ham semalam kerana mengalami kecederaan otot.

Perlawanan seterusnya berdepan Boro di Anfield adalah penting buat The Reds untuk memastikan mereka menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik dan pengendali pasukan, Jurgen Klopp, berharap pemain kebangsaan Brazil itu dapat diturunkan.

"Saya berharap kami mampu mengharungi minggu ini tanpa sebarang kecederaan dan mungkin Firmino boleh beraksi berdepan Middlesbrough," katanya.

"Saya tidak memiliki sebarang kepastian sam aada dia akan beraksi ataupun tidak tetapi ia merupakan perlawanan yang penting."

Firmino telah menjaringkan 11 gol dalam 34 penampilan EPL musim ini dan Liverpool menduduki tangga ketiga liga.