Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memberitahu pemainnya untuk beraksi dengan lebih bijak dan berasakan mereka masih jauh ketinggalan berbanding Chelsea yang beraksi dengan bijak di atas padang.

The Reds terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 dengan anak buah Antonio Conte meskipun menguasai hampir keseluruhan permainan dengan Chelsea menggunakan segala helah bagi mencuri mata di Anfield.

Klopp mengakui dia mahu melihat pemainnya melakukan perkara sama, namun menyedari pemain kurang berpengalaman memerlukan masa untuk melakukannya.

"Kami perlu lebih bijak," Klopp memberitahu wartawan.

"Saya sedar perkara seperti ini tidak boleh dipaksa, namun ia sesuatu yang baik yang harus ada dalam bola sepak.

"Chelsea memiliki skuad yang berpengalaman, jadi mereka lebih bijak dalam melakukan helah.

"Kami juga perlu menampakkan kemajuan dalam aspek ini tetapi kami perlu masa."