Jurgen Klopp menegaskan dia gembira dengan barisan penjaga golnya di Liverpool, lantas memberi bayangan tidak akan mendapatkan Joe Hart.

Tatkala Simon Mignolet dan Loris Karius sering dikritik musim ini, Liverpool telah dikaitkan dengan Hart -- yang sedang beraksi dalam Serie A selepas dipinjamkan ke Torino.

Bagaimanapun, Klopp berkata dia gembira dengan penjaga gol sedia ada.

"Kami memiliki penjaga gol yang bagus," Klopp memberitahu akhbar UK.

"Kami juga memiliki Alex Manninger yang telah bertindak sebagai pemain yang cukup profesional dalam membantu pemain lain.

"Kami juga memiliki Danny Ward yang ketika ini dipinjamkan ke Huddersfield Town. Saya gembira dengan pemain sedia ada."

Karius tiba di Anfield dari Mainz awal musim ini, namun bergelut untuk mendapat tempat.

Meskipun Klopp mengakui kecewa dengan beberapa kesilapan dilakukannya, dia kekal puas hati dengan prestasi semasanya.

"Saya gembira dengan mereka."

Liverpool bakal berdepan Burnley di Anfield, esok.