Jurgen Klopp menjelaskan apa yang cuba disampaikan kepada Daniel Sturridge menerusi sehelai kertas semasa kekalahan Liverpool dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Southampton, awal pagi tadi.

Sturridge menerima arahan itu daripada Klopp pada separuh masa kedua dalam kekalahan 1-0 itu dan penyerang itu dilihat memberi arahan kepada rakan sepasukannya selepas gol pembukaan Nathan Redmond pada minit ke-20.

Klopp mendedahkan kandungan kertas itu dengan memberitahu wartawan: "Sistem baru. Apa sahaja yang kami gelarkannya 3-5-2. Lucas Leiva di bahagian pertahanan, Emre Can di bahagian tengah, dua pemain sayap dan penyerang. Separuh padang untuk Adam Lallana dan Philippe Coutinho.

"Itu sahaja. Tidak banyak informasi tapi ia memadai. Mungkin ia agak terlewat dilakukan.

"Kami memberikan arahan menerusi kertas ketika permainan sedang berlangsung, itulah kesilapan kami.

"Saya boleh katakan tujuh atau lapan (pemain saya) sudah memahaminya sebaik menerima arahan. Roberto Firmino mengambil sedikit masa untuk memahaminya. Tetapi dia berada berhampiran dengan kami. Perkara seumpama ini berlaku.

"Ia bukan soal kecewa. Ia berkenaan dengan anda memiliki peluang, itu sahaja.

"Apa jenis individu saya ini sekiranya saya sekadar duduk di tepi. Kemudian jika kami bermain baik, saya fikir saya adalah seorang pengurus yang menakjubkan.

"Kami cuba membantu.

"Saya berpendapat adalah bagus kami memiliki pemain sayap sejati yang membuatkan mereka lebih sukar untuk mempertahankan bahagian sayap."