Ragnar Klavan mengakui dia tidak takut kepada Sergio Aguero menjelang pertemuan Liverpool dengan Manchester City.

Aguero dilihat sudah kembali menemui sentuhan gol dan dia merupakan watak utama The Citizens untuk merobek gawang gol The Reds dalam empat pertemuan berdepan Liverpool di Stadium Etihad.

Bagaimanapun, Klavan yang bergandingan dengan Dejan Lovren mengikat Aguero dalam aksi sebelum ini di Anfield pada Disember lalu, tidak sabar untuk berdepan bekas penyerang Atletico Madrid itu sekali lagi.

"Dia seorang penyerang bertaraf dunia dan banyak pasukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) memiliki penyerang-penyerang yang berbisa.

"Pada Disember, kami berjaya bermain dengan baik. Ia adalah kali pertama saya berdepan Aguero. Saya tidak gentar berdepan Aguero, sebaliknya mengambilnya satu pertembungan yang bagus buat kami."

Di kala Klavan sudahpun bertemu Aguero dan City, pertahanan Estonia itu sudah berpengalaman berdepan skuad kendalian Pep Guardiola ketika beraksi untuk Augsburg semasa beliau mengurus Bayern dalam saingan Bundesliga.

"Mereka sentiasa mempamerkan permainan yang menarik.

"Di Bundesliga, Bayern adalah pasukan terbaik manakala di England, saingan liga sangat kompetitif. Pada awal musim ini, hampir enam pasukan yang berpeluang untuk bergelar juara."