Kimmich, Guardiola tiada hubungan istimewa

By Stefan Coerts 27 January 2017
Kimmich, Guardiola tiada hubungan istimewa
Pemain tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich, menegaskan dia tidak merindui Pep Guardiola yang membantu perkembangannya musim lalu. 

Kimmich pantas menjadi watak penting di bawah bimbingan Guardiola pada musim 2015-16, dengan pengurus Manchester City itu sempat menganggap hubungan mereka seperti bapa dan anak. 

Kimmich, 21, bagaimanapun memandang ringan pengaruh Guardiola dalam kariernya sambil menyanjung tinggi Carlo Ancelotti. 

"Saya tidak rindukan Guardiola. Ini adalah normal dalam bola sepak," kata Kimmich kepada AZ. 

"Jurulatih saya di kelab lama, Leipzig, iaitu Alexander Zorniger, juga banyak membantu perkembangan saya. 

"Ia bukan sesuatu yang buruk untuk pemain mempunyai beberapa jurulatih kerana mereka akan mengajar saya perkara berbeza.

"Saya tidak nampak Pep memainkan pengaruh besar, ia kata-kata yang mengikut gerak hatinya. Tapi sudah tentu, adalah bagus Pep mempercayai saya. Dia banyak membantu saya menjadi pemain yang lebih baik musim lalu. 

"Ancelotti turut menaruh kepercayaan ke atas saya. Saya kerap diturunkan sebelum tempoh rehat musim sejuk. Saya telah meletakkan penanda aras yang tinggi kepada diri sendiri. 

"Saya menyertai Bayern dari pasukan kedua Bundesliga. Saya bukan pemain kebangsaan Jerman yang pernah bermain dalam Kejohanan Euro."

About Author

Stefan Coerts

Comment