Keputusan Zlatan tinggalkan Perancis baik untuk Ligue 1

By Chris Myson 25 December 2016
Keputusan Zlatan tinggalkan Perancis baik untuk Ligue 1

Jose Mourinho berasakan peminat bola sepak Perancis harus bergembira kerana Zlatan Ibrahimovic memilih untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 35 tahun itu menyertai Manchester United secara percuma untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) buat musim 2016-17, mengakhiri empat tahun bersama PSG yang menyaksikan Zlatan memenangi Ligue 1 setiap tahun.

Ibrahimovic mempamerkan aksi yang menyerlah di United, menjaringkan 16 gol dalam 25 penampilan dalam semua pertandingan.

Tetapi pengurusnya, Mourinho, berasakan peminat bola sepak Perancis seharusnya bertuah dengan penghijrahan Zlatan ke England daripada meratapi kehilangannya.

"Mereka seharusnya gembira menyaksikan Zlatan meninggalkan Perancis kerana kini mereka memiliki sebuah liga," kata Mourinho kepada SFR Sport.

"Dengan adanya Zlatan bersama PSG, mereke mendominasi saingan bola sepak di Perancis, Ligue 1, Piala Liga, Piala Super, hanya PSG memenangi semua itu.

"Kini mereka memiliki sebuah liga yang menarik minat saya semula. Saya gemar menyaksikan Balotteli beraksi bersama Nice manakala sahabat saya, Leonardo Jardim, yang mengendalikan Monaco.

Mourinho berasakan Ibrahimovic adalah pemain yang lebih berbisa berbanding ketika mereka bekerjasama di Inter pada 2008 dan 2009.

"Dia seorang pemain yang berbakat. Zlatan bukan hanya mencipta gol, dia membawa semangatnya bersama pasukan dalam sesi latihan."

About Author

Chris Myson

Comment