Keputusan pengadil punca tewas -- Mazzari

By Amirul Azreen 4 December 2016
Keputusan pengadil punca tewas -- Mazzari

Walter Mazzari membidas pengadil, Graham Scott, selepas menyaksikan pasukannya, Watford, beraksi dengan 10 pemain sebelum tewas 3-1 kepada West Brom pada Sabtu.

The Hornets berpeluang menduduki kelompok enam terbaik Liga Perdana Inggeris jika berjaya meraih tiga mata, namun sebalkinya yang berlaku apabila West Brom memberi saingan hebat untuk mengutip tiga mata.

Walaupun mendominasi perlawanan, Mazzari bertegas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang dianggapnya tidak tepat, termasuk melayangkan kad merah kepada Roberto Pereyra.

"Kad merah tersebut tidak adil," kata pengendali kelahiran Itali itu. "Sepatutnya McClean yang dibuang padang.

"Kami bermain dengan cukup baik di laman lawan buat pertama kalinya. Kami tidak sepatutnya tewas.

"Tetapi perlawanan telah terganggu dengan keputusan pengadil."

Bagaimanapun, pengendali West Brom, Tony Pulis, bersetuju dengan keputusan Scott untuk melayangkan kad merah.

"Saya lebih bimbang akan James McClean," Pulis memberitahu BBC Sport.

"Pereyra telah menendang MCClean."

About Author

Amirul Azreen

Comment