Kepercayaan kunci kejayaan Chelsea

By Alex Fisher 25 December 2016 162
Kepercayaan kunci kejayaan Chelsea

Pemain sayap Chelsea, Pedro, menyifatkan prestasi cemerlang The Blues di bawah kendalian Antonio Conte adalah berpunca daripada kepercayaan.

Musim lalu The Blues gagal untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menamatkan saingan serendah tangga ke-10.

Conte dipilih untuk menggantikan Jose Mourinho buat musim 2016-17 dan melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Itali selepas berakhirnya kempen Euro 2016.

Chelsea kini memiliki kelebihan enam mata di persada liga selepas mencipta 11 kemenangan berturut-turut.

Pertukaran formasi menyaksikan prestasi Eden Hazard dan Diego Costa melonjak dan menjadi mimpi buruk buat pasukan lawan tetapi Pedro mendedahkan segala-galanya bermula dengan kepercayaan.

"Sepanjang karier saya, saya telah bekerja dengan pengurus yang berkualiti, seperti Pep Guardiola dan Vicente del Bosque," katanya kepada Daily Telegraph. 

"Tetapi apa yang mengejutkan saya adalah bagaimana Antonio berupaya untuk mengendalikan pasukan ini dan mengubah nasib pasukan.

"Beliau meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pemain-pemain dan kami mula memenangi perlawanan. Beliau memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjuarai liga musim ini.

"Kepercayaan merupakan kunci utama kejayaan The Blues, setiap pemain mempercayai kebolehan masing-masing dan kami mampu bermain dengan baik."

About Author

Alex Fisher

Comment