Kempen Bolasie berakhir awal akibat masalah lutut

By Joe Wright 5 December 2016
 Kempen Bolasie berakhir awal akibat masalah lutut
Everton mengesahkan pemain sayap mereka, Yannick Bolasie, perlu menjalani pembedahan dengan melabelnya sebagai kecederaan 'serius' di bahagian lututnya. 

Pemain berusia 27 tahun itu dikeluarkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada minit ke-68 ketika seri 1-1 dengan Manchester United dan dihantar untuk ujian imbasan. 

Kelab itu kemudian mengumumkan Bolasie mengalami koyakan di bahagian lutut dan akan dibedah minggu ini. 

"Yannick Bolasie akan menjalani pembedahan selepas ditimpa kecederaan serius ligamen lutut ketika menentang Manchester United," menurut kenyataan Everton. 

"Ujian imbasan mengesahkan kecederaan di bahagian anterior cruciate ligament (ACL) di bahagian kaki kanan. Bolasie akan menjalani pembedahan dalam masa beberapa hari lagi."

Laporan awal menyatakan pemain itu bakal berehat dan terlepas baki aksi musim ini.

Bolasie merupakan tonggak utama Everton di bawah bimbingan Ronald Koeman sejak tiba dari Crystal Palace pada Ogos lalu dengan laporan mengaitkannya dengan pelaburan sebanyak GBP27 juta (RM152.9j).

Pemain antarabangsa DR Congo itu telah menyumbat satu gol dan empat bantuan gol dalam 16 penampilannya musim ini. 

About Author

Joe Wright

Comment