Kemenangan ke atas City persembahan terburuk kami -- Milner

By Dom Farrell 31 December 2016 59
Kemenangan ke atas City persembahan terburuk kami -- Milner

LIVERPOOL 1 MANCHESTER CITY 0

James Milner berkata Liverpool telah mempamerkan aksi terburuknya pada musim 2016-17 ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas Manchester City 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Tandukan Georginio Wijnaldum pada separuh masa pertama sudah cukup buat The Reds meraih tiga mata penuh di Anfield untuk terus mengejar pendahulu liga, Chelsea.

Liverpool bermain dengan lebih teratur berbanding City dan terus memberikan tekanan kepada pasukan pelawat selepas bersambung dalam babak kedua perlawanan.

Walaupun tidak berpuas hati dengan gaya permainan pasukan, Milner berkata Liverpool telah membuktikan mereka adalah pencabar utama takhta EPL musim ini.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar, mereka adalah pasukan yang kuat," jelas Milner kepada BT Sport. 

"Perlawanan ini hanya mengenai keputusan, ternyata ia merupakan persembahan terburuk kami musim ini.

"Kami gagal melunaskan peluang untuk menambah jaringan.

"Anda tidak akan dapat memenangi perlawanan dengan permainan yang lancar dan ini merupakan tiga mata yang berharga buat kami."

Skuad kendalian Jurgen Klopp dilihat sebagai pasukan yang terbaik untuk bersaing dengan Chelsea, yang telah melakar kemenangan ke-13 ketika berdepan Stoke City, semalam.

"Kami harus memberikan fokus sepenuhnya kepada perlawanan kami, mengumpul tiga mata dan mempertingkatkan kualiti sebagai satu pasukan."

About Author

Dom Farrell

Comment