Kejuaraan liga terletak dalam tangan Chelsea -- Guardiola

By Staff Writer 2 February 2017 97
Kejuaraan liga terletak dalam tangan Chelsea -- Guardiola

Pep Guardiola menegaskan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini tidak lagi dalam tangan Manchester City dan percaya segalanya terletak kepada Chelsea meskipun melakar kemenangan besar 4-0 ke atas West Ham, malam tadi.

Gol oleh Gabrile Jesus, Leroy Sane, David Silva dan Yaya Toure memastikan kemenangan di Stadium London, kurang sebulan selepas melakar kemenangan 5-0 di laman sama dalam saingan Piala FA.

Pengendali Chelsea, Antonio Conte, hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan itu, namun Guardiola mendakwa jurulatih Itali itu tidak perlu gusar kerana City masih ketinggalan 10 mata di belakang.

"Dia tidak perlu risau kerana Chelsea mendahului saingan liga dengan sembilan mata,"ujar Guardiola ketika sesi sidang media.

"Kejuaraan liga berada dalam tangan mereka. Jurang mata terlalu besar, namun kami akan terus berjuang sehingga ke hari terakhir bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah."

Dalam kemenangan ke atas West Ham, Guardiola mengakui segalanya terletak dalam kemampuan pemainnya untuk meledak gol awal.

"Perbezaan utama perlawanan ini ialah pemain tidak mensia-siakan peluang yang hadir.

"Selepas mendahului, kami sudah tidak merasai tekanan, bagaimanapun permainan kami masih jauh daripada tahap sebenar.

"Kami gembira dengan kemenangan ini, apatah lagi selepas berjaya mengatasi Crystal Palace  4-0 (Piala FA) pada Sabtu."

 

About Author

Staff Writer

Comment