Kehadiran Guardiola di Anfield bukti aksi istimewa Liverpool-City

By Russell Greaves 28 December 2016
Kehadiran Guardiola di Anfield bukti aksi istimewa Liverpool-City
Jurgen Klopp percaya kehadiran Pep Guardiola di Anfield untuk menyaksikan pertemuan Liverpool dengan Stoke City membuktikan aksi The Reds menentang Manchester City selepas ini adalah perlawanan istimewa. 

Liverpool bangkit untuk membelasah The Potters 4-1 dalam aksi awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan satu mata di atas City. 

Skuad kendalian Klopp akan berdepan Guardiola pada Sabtu ini dan pengurus Jerman itu menjangkakan satu pertembungan yang akan diingati. 

"Ia adalah perlawanan besar buat kedua-dua pasukan," katanya. 

"Saya mendapat tahu Pep Guardiola berada di dalam stadium; saya tidak pasti sama ada dia sering hadir ke stadium untuk menonton aksi pasukan lawan yang bakal dihadapinya. Jadi, ia adalah petanda pertama ia akan menjadi perlawanan istimewa dan kami sudah tidak sabar.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar buat kedua-dua pasukan, namun apa yang menariknya ia berlangsung di Anfield. Saya benar-benar tidak sabar lagi.

"Mereka adalah sebuah pasukan yang mantap dan kami bukanlah terlalu teruk. Maka ia akan menjadi pertembungan menarik."

The Reds mengalah City 3-0 dalam pertemuan terakhir mereka pada Mac lalu. 
 

About Author

Russell Greaves

Comment