Penjaga gol Liverpool, Loris Karius, disahkan akan terus menjadi pilihan utama Jurgen Klopp selepas membantu pasukan menundukkan Manchester City 4-3 di Anfield, awal pagi tadi.

Alex Oxlade-Chamberlain, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing
menyumbat satu gol dalam aksi yang menyaksikan City tewas buat kali pertama musim ini.

Karius nyata tidak mengharungi perlawanan yang begitu hebat apabila dibolosi oleh gol jarak dekat
Leroy Sane sebelum Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan menambah dua lagi jaringan selepas itu.

Situasi itu menyaksikan Karius dibolosi tiga kali hasil daripada hanya empat percubaan tepat tetapi
tetap menjadi pilihan Klopp buat masa ini.

"Ya, kini Karius adalah pilihan utama.

"Apabila melibatkan penjaga gol, anda perlu komited dengan diri sendiri berbanding posisi lain,
sama seperti apa yang ditampilkan oleh Karius," katanya.

Klopp juga tidak menyalahkan sepenuhnya kepada Karius apabila membenarkan jaringan
penyamaan Leroy Sane sebelum menuju waktu rehat.

"Penjaga gol Manchester City, Ederson, turut menyebabkan jaringan Mohamed Salah tetapi tiada
siapa yang membicarakan tentangnya," katanya lagi.