Harry Kane memberikan petanda buruk kepada Tottenham dan England selepas mengalami kecederaan ketika aksi Piala FA berdepan Millwall, semalam.

Penyerang prolifik itu mengalami kecederaan buku lali selepas pemain Millwall, Jake Cooper, melakukan terjahan pada minit kelapan sebelum digantikan oleh Christian Eriksen.

Kane berada di landasan terbaik untuk mendapatkan prestasi terbaiknya selepas meledak lapan gol dalam empat perlawanan, tetapi pengendali pasukan, Mauricio Pochettino, tidak teragak-agak menggantikannya untuk mendapatkan rawatan.

Kecederaannya dilihat serius, Spurs bakal berdepan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, manakala England bakal berdepan Jerman dan Lithuania bulan hadapan.

Perlawanan berkesudahan 6-0, dengan Spurs mara ke pusingan separuh akhir.