Kane adalah pemain terbaik EPL -- Vertonghen

By Sacha Pisani 19 March 2017
Kane adalah pemain terbaik EPL -- Vertonghen

Jan Vertonghen percaya rakan sepasukannya di Tottenham, Harry Kane, adalah pemain terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kane kini menduduki tangga kedua dalam carta penjaring terbanyak dengan 19 gol, ketinggalan dua gol kepada penyerang Everton, Romelu Lukaku yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Hull City 4-0.

Kane, pemenang kasut emas musim lalu yang bakal terlepas aksi selama empat atau enam minggu selepas mengalami kecederaan ketika bertemu Millwall, telah meledak 24 gol dalam semua pertandingan dan Vertonghen memberikan pujian kepada penyerang England itu.

"Ia adalah satu masalah besar buat kami, Kane adalah pemain terbaik dalam EPL," kata Vertonghen.

"Kami akan terasa kehilangannya buat sementara waktu ini tetapi kami memiliki beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kane.

Vertonghen dan Tottenham akan ketiadaan khidmat Kane ketika menerima kunjungan Southampton di White Hart Lane.

About Author

Sacha Pisani

Comment