Kami tidak perlukan Costa -- Courtois

By Staff Writer 16 January 2017
Kami tidak perlukan Costa -- Courtois

Penjaga gol no.1 Chelsea, Thibaut Courtois, percaya rakan sepasukannya yang lain telah menghantar mesej jelas bahawa mereka tidak memerlukan khidmat Diego Costa untuk melakar kemenangan selepas pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China.

Difahamkan, Diego Costa ketika ini dalam pertimbangan untuk berhijrah ke Liga Super China dengan wujud laporan bahawa pemain itu telah pun bersetuju untuk keluar dari Stamford Bridge.

Meskipun pengendali, Antonio Conte, menegaskan pemain itu tidak beraksi dalam kemenangan 3-0 berdepan Leicester ekoran masalah kecederaan, namun kenyataan itu tidak memadam desas-desus perpindahan tersebut.

Courtois berasakan skuad kendalian Conte telah membuktikan mereka mampu terus melakar kemenangan tanpa penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris ketika ini.

"Kami memiliki skuad yang berkualiti untuk mengisi kekosongan Diego Costa," ujar penjaga gol Belgium itu.

"Diego seorang pemain yang penting tetapi kami mampu menanganinya jika dia tiada."

Chelsea ketika ini mendahului carta liga dengan tujuh mata di hadapan Spurs manakala Liverpool ketiga.

 

About Author

Staff Writer

Comment