Gary Cahill berkata kemenangan 3-0 ke atas Liecester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris membuktikan bahawa pasukan itu tidak bergantung harap kepada keringat Diego Costa.

Costa tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama Antonio Conte di Stadium King Power susulan timbul laporan bahawa pemain itu terlibat dalam pertikaman lidah dengan Conte susulan kecederaan belakang termasuk khabar angin bahawa pemain itu mendapat tawaran lumayan dari kelab China.

Walaupun ketiadaan penjaring terbanyak liga itu, ia langsung tidak memberi kesan terhadap anak buah Conte yang masih mampu memburu gol dengan pertahanan, Marcos Alonso paling mencuri tumpuan dengan dua gol.

Tatkala timbul dakwaan masa depan Costa dalam persoalan, Cahill berkata The Blues kekal ampuh meskipun ketiadaan pemain itu.

"Diego pemain yang penting buat kami," Cahill memberitahu BT Sport. "Ia sudah terbukti musim ini.

"Apabila dia tidak beraksi, kami masih ada Pedro, Eden Hazard dan Willian. Bukan mudah untuk mengawasi ketiga-tiga pemain ini."

Sementara itu, Alonso menafikan khabar angin bahawa Costa akan meninggalkan Chelsea.

"Kamu semua yang mereka cerita ini," Alonso memberitahu BBC.

"Diego tidak beraksi kerana kecederaan."