Kami lebih bagus daripada Chelsea -- Pochettino

By Ben Spratt 27 November 2016
Kami lebih bagus daripada Chelsea -- Pochettino

CHELSEA 2 TOTTENHAM 1

Mauricio Pochettino menegaskan Tottenham berhak untuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge ketika menyaksikan rekod tanpa kalah mereka dileburkan oleh pasukan tuan rumah.

Spurs membuka jaringan menerusi Christian Eriksen tetapi gol daripada Pedro dan Victor Moses memberikan kemenangan kepada skuad kendalian Antonio Conte.

Pochettino tidak melihat kekalahan ini sebagai satu keputusan yang adil tetapi beliau masih berpuas hati dengan persembahan pasukannya.

"Saya berpendapat jika kamu menganalisis perlawanan ini, kami telah bermain lebih baik daripada Chelsea," kata Pochettino. 

"Berdepan pasukan yang berada di tahap yang baik, kami mampu bersaing dengan mereka dalam separuh masa pertama.

"Perkara yang penting adalah menerima keputusan ini. Kami telah bersaing dengan baik selepas 13 perlawanan dan tewas hanya sekali. Kami perlu terus bekerja keras.

"Namun, ia tidak menutup perasaan kecewa saya terhadap keputusan perlawanan ini tetapi kami telah berusaha sebaik mungkin.

"Jika anda meletak ke tepi keputusan perlawanan, kami mengawal permainan dan mencipta lebih banyak peluang berbanding Chelsea tetapi bola sepak tidak boleh dinilai menerusi statistik perlawanan."

About Author

Ben Spratt

Comment