Kami berhak raih tiga mata - Klopp

By Harry West 22 October 2016
Kami berhak raih tiga mata - Klopp

LIVERPOOL 2 WEST BROM 1

Jurgen Klopp menjelaskan kemenangan Liverpool 2-1 ke atas West Brom di Anfield amat berharga buat mereka untuk kekal dalam persaingan merebut takhta liga.


Jaringan Sadio Mane dan Philippe Coutinho memberikan pasukan tuan rumah kawalan penuh permainan dalam separuh masa pertama.

Gareth McAuley meledak satu gol buat The Baggies pada baki 10 minit perlawanan, namun skuad bimbingan Klopp memastikan tiga mata diraih untuk berada di tangga teratas liga, berkongsi mata dengan Arsenal.

"Saya amat gembira dengan persembahan pasukan saya, sukar untuk menjinakkan West Brom kerana bola sering berada di udara," kata Klopp.

"Mereka sangat berbahaya daripada percubaan sepakan percuma tetapi ia akan menjadi bahan jenaka jika kami seri dalam perlawanan ini.

"Pemain West Brom, Salomon Rondon, sangat kuat dan jika dia gagal mendapatkan bola, dia akan berusaha untuk mendapatkan sepakan percuma.

"Ia merupakan cabaran yang besar buat kami untuk mengekalkan tumpuan sepanjang perlawanan.

"Emre Can, Roberto Firmino memiliki peluang terbaik tetapi Ben Foster berjaya menidakkan percubaan mereka."

 

About Author

Harry West

Comment