ARSENAL 0 MANCHESTER CITY 2

Benjamin Mendy menerima amaran lembut daripada pengurus, Pep Guardiola, selepas mempamerkan segala aksi dalam kemenangan 2-0 Manchester City ke atas Arsenal dalam Liga Perdana di Stadium Emirates, semalam.


Mendy membuat bantuan gol kedua yang disudahkan Bernardo Silva di utara London selepas Raheem Sterling membuka jaringan pada awal perlawanan.

Kecederaan ligamen lutut bermakna bek kiri Perancis itu memberi impak yang minimum di padang ketika musim pertamanya di Manchester tetapi kerja tidak berkesudahan di media sosial mengukuhkannya sebagai wira untuk peminat City.

Ia adalah status yang tidak disedari oleh Guardiola, yang memerhatikan pemain berusia 24 tahun itu muncul di seluruh Stadium Emirates, semalam.

Dalam sidang media selepas perlawanan, ketika disuarakan kepada Guardiola bahawa Mendy kadang-kala tampak lebih seperti penyerang tengah, dia tertawa: "Ya, dan itu tidak bagus!

"Mendy adalah Mendy. Kadang-kadang kamu mahu membunuhnya dan kadang-kadang kamu berkata, 'wow, pemain jenis apa kita ada ni'.

"Dia memberi kami tenaga tambahan ini. Dengan Kyle (Walker) dan dia, ketika mereka menyerang begitu konsisten, ia sangat penting.

"Tetapi Mendy mempunyai banyak perkara untuk dipertingkatkan. Mudah-mudahan kami dapat meyakinkan dia untuk menjadi tenang, melupakan sedikit media sosial dan memberi tumpuan kepada apa yang harus dilakukannya."

Apabila City menaikkan tweet kata-kata daripada pengurus mereka, Mendy cepat berasa bersalah -- membalas "Oops" dan, "Saya berjanji saya akan".