Pemain tengah Chelsea, Jorginho, mula menikmati saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi berharap untuk kembali ke Serie A satu hari nanti.

Pemain berusia 26 tahun itu berhijrah ke Stamford Bridge pada Juali selepas bersama Napoli selama hampir empat tahun setengah.

Jorginho kagum dengan permulaan kariernya di England, membantu skuad bimbingan Maurizio Sarri meraih kemenangan dalam empat aksi pembukaan EPL.

Pemain kebangsaan Itali itu telah menjaringkan untuk Chelsea, berkata dia menikmati dengan rentak permainan serta saingan fizikal EPL.

"Terdapat banyak perbezaan daripada segi rentak dan saingan fizikal. Semua orang mengetahuinya dan saya seronok beraksi di England," katanya.

"Saingan EPL sangat bagus dan kami memiliki skuad yang berpengalaman bagi menampilkan persembahan yang cemerlang.

Walaupun menikmati saingan EPL, Jorginho tetap berhasrat untuk kembali ke Itali.

"Bagi saya, Serie A tetap menjadi liga terbaik dunia. Saya berharap untuk kembali ke sana satu hari nanti."