Jorginho enggan desak Napoli terima tawaran City 

By Staff Writer 12 June 2018 996
Jorginho enggan desak Napoli terima tawaran City 
Jorginho gembira untuk kekal di Napoli, namun ejennya menyifatkan perpindahan ke Manchester City sebagai peluang yang hanya datang sekali seumur hidup.

Pemain antarabangsa Itali itu sering dikaitkan dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu walaupun spekulasi media mencadangkan Arsenal, Chelsea dan Liverpool juga berminat.

Setelah mendedahkan telah menolak tawaran €50 juta (RM234.5j) daripada City, presiden kelab Napoli, Aurelio De Laurentiis, dalam satu wawancara baru-baru ini berkata perjanjian itu akan dimuktamadkan sedikit masa lagi.

Joao Santos -- yang mewakili Jorginho -- menegaskan pemain tengah itu akan tetap berpuas hati untuk terus kekal sekiranya perpindahannya ke Stadium Etihad gagal menjadi kenyataan.

"Jorginho seronok di Napoli tetapi wujud rundingan dengan Manchester City dan ini sebabnya kami tidak membincangkan pembaharuan kontrak," katanya kepada TuttoMercatoWeb.

"Kami bercakap tentang peluang sekali seumur hidup buat seorang pemain untuk menyertai Manchester City.

"Tetapi berhati-hati -- dia tidak akan sedih jika dia terus kekal di Naples. Dia berasa senang dan gembira di Naples."

Selepas tiba dari Verona pada Januari 2014, Jorginho membantu Napoli menamatkan saingan Serie A di belakang juara, Juventus, di tempat kedua dalam tempoh tiga musim.

Lahir di Brazil, pemain berusia 26 tahun itu memilih untuk mewakili Itali di peringkat antarabangsa -- dia membuat penampilan sulungnya bersama Azzurri pada Mac 2016 dan telah membuat lapan penampilan setakat ini.



 

About Author

Staff Writer

Comment