Jesus mungkin disisihkan tiga bulan akibat keretakan metatarsal

By Jack Davies 14 February 2017 91346
 Jesus mungkin disisihkan tiga bulan akibat keretakan metatarsal
Permulaan cemerlang Gabriel Jesus bersama Manchester City terjejas gara-gara keretakan metatarsal yang dialaminya. 

Penggempur Brazil itu mungkin direhatkan selama tiga bulan meskipun City tidak menyatakan bilakah dia dijangka akan pulih. 

Jesus terbaring kesakitan pada separuh masa pertama dalam kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth sebelum digantikan dengan Sergio Aguero di Stadium Vitality. 

City mengesahkan dia akan menjalani ujian susulan bagi menentukan sejauh mana tahap kecederaannya. 

Satu kenyataan City menyebut, "Kami berharap agar Gabriel cepat pulih dan kami akan terus kongsikan perkembangannya dalam beberapa hari lagi."

Jesus meledak tiga gol dalam tiga penampilan liga sebelum kunjungan ke Bournemouth sejak tiba di Manchester dari Palmeiras, bulan lalu. 

Tersisih selama tiga bulan bakal menyulitkan Jesus untuk kembali diturunkan pada penghujung saingan musim ini dengan aksi terakhir City dalam kempen Liga Perdana Inggeris adalah berdepan Watford pada 21 Mei. 


About Author

Jack Davies

Comment