Ronaldinho percaya penyerang Manchester City, Gabriel Jesus, bakal mengatasi Lionel Messi selaku pemain terbaik dunia, suatu hari nanti.

Jesus telah mencipta impak besar dalam Liga Perdana Inggeris sejak tiba dari Palmeiras pada Januari, dengan menjaringkan tiga gol selepas dua perlawanan bersama City.

Pemain berusia 19 tahun itu telah pun tampil enam kali bersama Brazil dan berjaya menyumbat empat gol setakat ini.

Ronaldinho -- yang kini dilantik selaku duta Barcelona -- percaya pemain muda itu adalah calon tepat untuk menggantikan Messi.

"Manchester City memiliki seorang pemain yang cukup istimewa," ujar Ronadinho menerusi The Mirror.

"Pada masa akan datang, mereka akan memiliki pemain terbaik dunia.

"Ketika ini, status itu dipegang Messi dan saya juga pernah berkata satu hari nanti, ia juga akan menjadi milik Neymar.

"Tetapi pada usia 19 tahun, masa depan sudah tentu bakal menjadi miliknya. Dia memiliki kemampuan untuk memastikan perkara itu menjadi kenyataan."

Jesus berpeluang untuk menambah jaringan gol apabila City bertandang ke Bournemouth lewat pagi esok.