Januzaj direhatkan gara-gara masalah buku lali

By Dejan Kalinic 28 September 2016
Januzaj direhatkan gara-gara masalah buku lali

Pemain sayap Sunderland, Adnan Januzaj, bakal terlepas perlawanan selama enam minggu selepas mengalami kecederaan buku lali.

Januzaj, yang dipinjamkan oleh Manchester United, mengalami kecederaan ketika tewas 3-2 kepada Crystal Palace pada Sabtu.

Pegawai perubatan telah mengesahkan pemain berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan ligamen buku lali.

Januzaj memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu untuk kembali pulih daripada kecederaannya.

Pemain kebangsaan Belgium itu telah membuat enam penampilan bersama Sunderland, yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris dengan satu mata.

Skuad kendalian David Moyes akan menerima kunjungan West Brom dalam aksi seterusnya,

About Author

Dejan Kalinic

Comment