Penyerang, Vincent Janssen, bakal diketepikan Tottenham selepas menyempurnakan pembedahan gara-gara kecederaan tapak kaki.

Pemain kebangsaan Beldan itu telah menjaringkan dua gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak berhijrah ke Spurs pada 2016 daripada kelab Belanda, AZ.

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan kelab, "Vincent Janssen telah menjalani pembedahan tapak kaki.

"Dia akan menjalani proses pemulihan dan dipantau oleh pegawai perubatan pasukan."

Janssen kini di belakang Harry Kane dan Fernando Llorente dalam turutan pemain di bawah Mauricio Pochettino selepas mengharungi sepanjang musim dipinjamkan ke Fenerbahce.