Arsene Wenger menegaskan Granit Xhaka tidak boleh dibandingkan dengan N'Golo Kante tetapi pemain tengah Arsenal, Francis Coquelin, memiliki kemahiran yang sama seperti bintang Chelsea itu.

Wenger hanya memberikan peluang kepada Xhaka untuk beraksi dalam 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berhijrah dari Borussia Monchengladbach tetapi berasakan pemain tengah Switzerland itu kurang bernasib baik.

Wenger menegaskan kekuatan Xhaka adalah hantarannya dan Coquelin adalah pemain yang mampu bersaing dengan Kante, yang dilihat akan memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA, musim ini.

"Saya dapat melihat kualiti hantaran Xhaka manakala Kante seorang pemain yang merampas bola daripada pemain lawan tanpa melakukan kekasaran.

"Anda boleh membandingkan Kante dengan Francis Coquelin. Mereka memiliki persamaan.

Xhaka telah dilayangkan dua kad merah ketika beraksi untuk Arsenal, dan Wenger mengakui pemain itu perlu mempertingkatkan teknik terjahannya.

"Dia perlu memperbaiki tekniknya kerana pengadil perlawanan tidak akan teragak-agak untuk memberikan kad kepadanya.

"Terjahan pertamanya sentiasa akan diberikan ad kuning dan perkara itu harus dielak.

"Secara keseluruhan, saya dapat melihat peningkatan dalam permainannya, saya berharap Xhaka dapat membantu pasukan dalam perlawanan akan datang."