Pengendali Arsenal, Arsene Wenger, mengakui ada kemungkinan beliau akan menjadi pengurus England satu hari nanti sekiranya tidak terikat dengan sebarang tanggungjawab lain.

Wenger bakal menyambuat ulang tahun ke-20 selaku pengurus minggu ini, namun beliau sekali lagi dikaitkan dengan jawatan skuad kebangsaan England susulan kontrak Sam Allardyce ditamatkan selepas membuat kenyataan penuh kontroversi kepada The Telegraph UK.

Kontrak Wenger bakal berakhir hujung musim ini dan ketika ini masih tiada pengesahan sama ada kontraknya bersama The Gunners bakal dilanjutkan.

Ketika diajukan soalan berkenaan dengan jawatan mengendalikan England, pengurus berusia 66 tahun itu berkata:"Keutamaan saya ketika ini adalah Arsenal. Namun, jika saya tidak terikat dengan mana-mana pasukan satu hari nanti, apa salahnya?"