Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yakin Alex Iwobi akan mula menjaringkan lebih banyak gol selepas meledak gol kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menewaskan Crystal Palace 2-0.

Pemain kebangsaan Nigeria itu bergelut di depan gol musim ini dan terdapat beberapa pihak yang mempersoalkan kemahiran penyudahnya.

Bagaimanapun, Wenger menawarkan kata-kata semangat kepada Iwobi selepas membantu pasukan melakar kemenangan dan menegaskan dia mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam sesi latihan.

"Iwobi telah mula menjaringkan gol dalam sesi latihan, saya yakin dia mampu menghasilkannya dalam perlawanan sebenar," ujar Wenger.

"Saya mempercayai kebolehaninya, ketangkasan yang dimiliki Iwobi. Dia masih lagi berusia 20 tahun, perjalanannya masih panjang."