Timbul laporan bahawa penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, telah menangguhkan keputusan untuk menandatangani pembaharuan kontrak .

United mengikat pemain itu dengan kontrak setahun awal musim ini. Namun, selepas meledak 23 gol dalam 36 penampilan setakat ini, kelab itu mahu bekas pemain Barcelona, AC Milan dan Juventus itu kekal di Old Trafford.

The Mirror mendakwa pemain berusia 35 tahun itu mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan dan penangguhan tersebut berlaku ekoran bimbang dengan kedudukan United dalam saingan liga ketika ini.

Akan mencecah usia 36 tahun, Disember ini, Ibrahimovic membuktikan dia masih berada di tahap terbaik.

Difahamkan, Ibrahimovic hanya akan membuat keputusan untuk kekal sekiranya kelab itu menamatkan musim ini dalam kelompok empat teratas.