Ibrahimovic: Saya boleh bermain sehingga saya 50 tahun!

By Sacha Pisani 19 December 2016
Ibrahimovic: Saya boleh bermain sehingga saya 50 tahun!

Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, percaya dia mampu beraksi sehingga berusia 50 tahun.

Pada usia 35 tahun, Ibrahimovic telah membuktikan usia hanyalah nombor sejak berhijrah dari juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), selepas meledak 16 gol dalam semua pertandingan untuk musim 2016-17 selepas menewaskan West Brom 2-0 pada Sabtu.

Ibrahimovic -- dijangka menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama United -- meledak dua gol di The Hawthorns, dengan bekas kapten pasukan Sweden itu telah menjaringkan 10 gol dalam sembilan perlawanan.

"Saya sangat gembira dan berada di tahap terbaik," kata Ibrahimovic. 

"Walaupun saya berusia 35 tahun, minda saya masih berusia 20 tahun.

"Saya berasakan saya mampu beraksi sehingga berusia 50 tahun tetapi keputusan itu tidak terletak kepada saya.

"Semakin meningkat umur saya, semakin berbisa permainan saya."

About Author

Sacha Pisani

Comment