Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, yakin Henrikh Mkhitaryan akan mempamerkan aksi yang cemerlang di Old Trafford selepas mengharungi permulaan yang sukar.

Pemain kebangsaan Armenia itu menyertai United dari Borussia Dortmund sebelum musim 2016-17 bermula, tetapi bergelut untuk mempamerkan prestasi sebenarnya.

Namun, ketika United menewaskan Feyenoord 4-0 dalam saingan Liga Europa, Mkhitaryan membuktikan kualitinya dan Ibrahimovic menjangkan lebih lagi daripada rakan sepasukannya itu.

"Saya mengenali siapa Miki (Mkhitaryan), saya melihat apa yang dihasilkannya dalam sesi latihan, jadi saya berharap dia akan dapat membuktikan kebolehannya untuk perlawanan akan datang," kata Ibrahimovic kepada The Mirror.

"Dia telah mengalami kecederaan dan menempuhi waktu yang sukar. Sebagai pemain profesional, anda perlu menantikan saat yang terbaik dan jika tiba pada masanya, anda perlu memastikan tidak mensia-siakan peluang itu.

"Ia bergantung kepada jurulatih untuk memutusakan siapa yang akan beraksi, kerana terdapat 25 pemain yang berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama."